" Mama Dah Tak Ada Dik ", Sedihnya! Detik2 Terakhir Ibu Mengakhiri Siksa Kanser Diakhir Hidupnya (8 Gambar)


Mohon sesiapa yang baca artikel ini berdoalah kepada anak siibu ini agar kuat meneruskan kehidupannya tanpa kasih ibu diwaktu kecil.

Raub : Hari ini suami ini dan dua anak nya berusia 2 tahun dan 10 bulan telah kehilangan insan yang mereka sayang bergelar isteri dan ibu.

Jika sebelum ini doktor mengesahkan Isteri kepada Yusof Hashim ini ada tempoh 3 atau 4 minggu sahaja untuk hidup namun semua itu tidak benar.

Allah panjangkan usia nya sehinggalah hari ini untuk diri nya bersama suami dan dua anak serta keluarga.

Pagi tadi pukul 9.30 pagi Puan Noor Fatiha Mohd Sa’ad, 30, yang menderita kanser limfoma tahap empat menghembus nafas terakhir di Hospital Raub.

Segala pendertiaan yang ditanggung Puan Fatiha berakhir namun siksa sangat melihat diri nya diakhir hayat nya dengan darah yang keluar tidak berhenti-henti melalui mulut nya sehingga lah dia menghembus nafas terakhir.

Suaminya, Mohd Yusof Mohd Hashim, 31, ketika dihubungi berkata, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Malim, Raub, Pahang.

Jenazah isteri selamat dikebumikan selepas Solat Zohor. Terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga sebelum ini.

“Duit sumbangan yang ada akan saya gunakan untuk menampung keperluan dua anak kami,” katanya.

Mohd Yusof berkata, dia sebenarnya bercadang membawa Allahyarham berubat di Kelantan hari ini tetapi bersyukur menunda perjalanan itu kerana Allahyarham mengalami pendarahan sebelum dibawa ke Hospital Raub.

“Buat masa ini tiada perancangan lain, anak pertama, Nur Adrianna Aisyah, 2, masih bersama keluarga mentua di Raub manakala anak kedua, Muhammad Adrian, 10 bulan, bersama keluarga saya di Ipoh, Perak.

“Saya akan meneruskan kehidupan dengan bekerja di Kuala Lumpur. Saya mohon semua untuk mendoakan Allahyarham isteri saya,” katanya.

Kisah Noor Fatiha pernah kami siarkan di blog kami apabila Mohd Yusof memohon sumbangan untuk mengubati isterinya dan menampung perbelanjaan dua anak mereka.

Mohd Yusof pada waktu itu berkata yang dia tidak akan berputus asa mencari penawar penyakit isterinya yang disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak Oktober tahun lalu selepas melahirkan anak kedua.

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan suami arwah tabah dengan dugaan ini, kini dua cahaya mata mereka telah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Al Fatihah

> Lihat Gambar / Video (tekan sini)

# tekan skip selepas 5 saat untuk lihat
# gambar & video pemilik asal (sumber)