Ada segelintir orang berpendapat bahawa rakyat Malaysia ini mewah kerana mampu beli iPhone atau membeli belah walaupun 'ditengah' bulan. Namun, pada hakikatnya masih ramai lagi yang tidak mampu untuk menampung kehidupan seharian akibat kenaikan kos sara hidup yang semakin meninggi.
Sebuah masjid di Ara Damansara mengambil inisiatif sendiri untuk membantu golongan seperti ini. Dengan bantuan Gerobok Rezeki sedikit sebanyak ianya membantu golongan susah.
Menurut salah seorang penerima bantuan tersebut, Noraidah Abd Hamid berkata ianya dapat meringankan beban keluarganya dalam membeli barangan dapur.
"Selalu saya hanya mampu pujuk anak untuk makan apa sahaja yang ada memandangkan hanya bubur nasi dan cucur mampu disediakan apabila bekalan makanan habis."
"Kadang-kadang saya terpaksa tebalkan muka untuk pinjam duit orang untuk beli makanan." katanya lagi.
Noraidah tidak bekerja kerana menjaga lima anak yang masih kecil berusia antara 2 hingga 10 tahun dan bergantung harap kepada suami dengan pendapatan yang tidak menentu.
"Suami hanya bekerja sebagai juruteknik berdasarkan projek. Jika ada projek adalah, kalau tak tiadalah duit. Oleh kerana itu, kami sering kehabisan bekalan makanan."
Walaupun menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS)sebanyak RM500 sebulan namun kehidupan di bandar tidak mampu untuk ditampung memandangkan lima anak yang masih kecil serta perlu membayar sewa rumah dan bil utiliti.
Bagi, SitiRohani Abd Wahab pula pada mulanya dia berasa amat malu untuk mengambil bekalan di sini tapi memandangkan empat anaknya yang kelaparan dia menolak perasaan malu itu ketepi.
“Sebelum ini, lauk kami hanya tiga biji telur dipotong lima bahagian dan paling mewah apabila kami dapat makan ikan yang dipancing suami serta sekali sekala apabila suami dapat duit lebih dapatlah kami menjamah udang mahupun kerang.
“Tetapi sejak awal tahun menerima saluran bantuan secara langsung ini, kehidupan kami sedikit berubah memandangkan ia memudahkan kami apabila makanan kehabisan,”
Menurut pengurus Masjid Ara Damansara, tiada had ditetapkan untuk penerima namun mereka perlu menulis nama dalam buku rekod khas untuk pihak masjid menyalurkan bantuan lain.
Matlamat inisiatif Gerobok Rezeki supaya dapat menyingkir kata-kata dan fitnah bahawa masjid tidak mesra atau tidak membantu orang yang di dalam kesusahan.
> Lihat Gambar / Video (tekan sini)
# tekan skip selepas 5 saat untuk lihat
# gambar & video pemilik asal (sumber)
